Kenapa
aku semakin gelap
aku semakin hitam
dilitupi titik-titik hitam
Kenapa
aku tidak digilap
seperti selalu
Kenapa
engkau lupakan aku
biarkan aku
merana seperti ini
Tidakkah
kau sayang kepada aku
Tidakkah
kau takut kepada amanah
yang diberikan olehmu
untuk manjagaku
Adakah
kau lupa
betapa pentingnya aku bagi dirimu
Adakah
kau ingat
bahawa
akulah yang penting
bagi dirimu
Aku takut
kalau aku dibiarkan begini
aku tidak akan dapat menjagamu
dalam hidup yang penuh onak duri ini
Aku takut kau akan jauh
dari sang Pencipta
kerana kau
lupa kepadaku
Wahai pelindungku
tanpa engkau sedar
jasadmu yang melindungi aku daripada
terdedah kepada bahaya
di luar sana
Aku harap
kau tidak lupa akan kehadiranku
yang sentiasa
ingin dibelai
digilap
diberikan cahaya
dibukakan benteng-benteng
yang melitupi diriku ini
Wahai pelindungku
aku hanya diamanahkan kepadamu
Apa kau akan jawab kepada pemilik diriku ini
apabila dia melihat
aku tidak lagi
sepertimana yang diberikan sewaktu awal dulu
Apa?
Apa wahai orang yang diamanahkan untuk menjagaku?
Sedarlah,bangkitlah dari tidurmu
yang membuatkan kau alpa
leka
Jangan biarkan aku aku terus menderita
aku juga tidak ingin kau menderita kelak
Buangkan segala kekotoran dari diri ku ini
Wahai manusia....
"rintihan sang hati"
0 comments:
Post a Comment