(Riwayat Muslim)
"Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'-nya, maka keluarlah
kesalahan-kesalahannya dari bawah kuku-kukunya."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Bukhari & Muslim)
(Riwayat Bukhari & Muslim)
(Riwayat Abu Dawud)
Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts
Fadhilat Berwudhu
Wudhu?Ablution? Simple!
Insya Allah jika diniatkan ikhlas kerana Allah, maka besar ganjaran yang akan diperolehi. Dunia dan akhirat.Insya Allah..
Wudhu dapat menghapuskan dosa.
Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw:
“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.”
Daripada Usman bin Affan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.”
Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna."
“Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat”
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."
(Riwayat al-Imam Ahmad)
"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai ke tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhu (di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehinya di syurga.)"
"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
Syaitan tidak suka kepada orang yang sentiasa dalam keadaan suci. Oleh itu marilah kita berusaha untuk sentiasa menjaga wudhu kita setiap waktu. =)