Hati-hati itu

Bismilla7irra7manirra7im


Assalamu3alaikum wbt.



Agak terkilan..

Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang

memenuhi kehendak satu persatu

Tapi..

lebih memeritkan

apabila setelah berusaha

orang lain malah mengutuk

mencaci

perli

membuang

menjauh.

Aku memujuk diri

mungkin dia tidak faham apa yang aku lalui

tidak berada di tempatku.

Sedaya upaya memujuk diri

membawa diri.

Biarlah,

Semoga Allah merahmati kamu.

Semoga Allah tabahkan hati ini.



Rintihanku

Kenapa
aku semakin gelap
aku semakin hitam
dilitupi titik-titik hitam

Kenapa
aku tidak digilap 
seperti selalu

Kenapa
engkau lupakan aku
biarkan aku
merana seperti ini

Tidakkah 
kau sayang kepada aku

Tidakkah 
kau takut kepada amanah
yang diberikan olehmu 
untuk manjagaku

Adakah
kau lupa
betapa pentingnya aku bagi dirimu

Adakah
kau ingat
bahawa
akulah yang penting
bagi dirimu

Aku takut
kalau aku dibiarkan begini
aku tidak akan dapat menjagamu
dalam hidup yang penuh onak duri ini

Aku takut kau akan jauh
dari sang Pencipta
kerana kau 
lupa kepadaku

Wahai pelindungku
tanpa engkau sedar
jasadmu yang melindungi aku daripada
terdedah kepada bahaya
di luar sana
Aku harap
kau tidak lupa akan kehadiranku
yang sentiasa
ingin dibelai
digilap
diberikan cahaya
dibukakan benteng-benteng 
yang melitupi diriku ini

Wahai pelindungku
aku hanya diamanahkan kepadamu

Apa kau akan jawab kepada pemilik diriku ini
apabila dia melihat 
aku tidak lagi
sepertimana yang diberikan sewaktu awal dulu
Apa?
Apa wahai orang yang diamanahkan untuk menjagaku?

Sedarlah,bangkitlah dari tidurmu
yang membuatkan kau alpa
leka

Jangan biarkan aku aku terus menderita
aku juga tidak ingin kau menderita kelak
Buangkan segala kekotoran dari diri ku ini

Wahai manusia....


"rintihan sang hati"


Ilmu VS harta

Bismilla7irra7manirra7im
Assalamu3alaikum wbt.


1. Ilmu akan melindungi tuannya manakala harta perlu tuan untuk melindunginya.

2. Ilmu merupakan warisan Rasulullah SAW dan para sahabat manakala harta merupakan warisan Qarun, Firaun dan lain.

3. Ilmu memberi pertolongan di akhirat jika diajar manakala harta hanya akan dikira dan bagaimana kita menggunakannya.

4. Ilmu akan berkembang apabila digunakan manakala harta akan habis apabila dibelanjakan

5. Ilmu menambahkan sahabat dan kawan manakala harta menjemput lebih ramai musuh dan lawan.

6. Ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri manakala harta perlu dipelihara.

7. Ilmu memberi cahaya kepada hati manakala harta memalapkan hati.

8. Ilmu akan kekal walaupun tidak ditambah manakala harta akan habis lambat laun kalau tidak ditambah.

9. Ilmu memuliakan tuannya manakala harta membuatkan tuannya dipanggil 'bakhil', 'kedekut' dan lain-lain.

10. Ilmu membuatkan tuannya merasa senang hati manakala harta akan membuatkan tuannya ditemani perasaan gelisah, takut.


Permudahkanlah


Allahumma yassir wala tu'assir. 
Rabbi tammim bilkhoir. 
Birokhmatikaya Arhamarrohimin

ya Allah permudahkanlah urusanku jangan dipersulitkan. 
ya Allah akhiri urusanku dengan baik.
dengan rahmatMu yang Maha pengasih lagi Maha penyayang

*Semoga segalanya berjalan dengan lancar.*
Doakan ana. Sedang dalam fasa menyesuaikan diri.

Rabbani - Mana milik kita

Lagu ini kiranya sesuai sebagai kesinambungan kepada post ana yang lalu iaitu Pinjaman Semata-mata

Ana sendiri baru terdengar lagu ini hari ini.
Untuk download tekan di sini


Mana milik kita? 
Tidak ada milik kita 
Semua yang ada 
Allah yang punya

Tidak ada kita punya 
Kita hanya mengusahakan saja 
Apa yang kita dapat 
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya 
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja 
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya 
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan 
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong 
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu 
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah 
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah 
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga 
Apa yang ada pada kita 
Kalau Allah tidak beri 
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit 
Mengungkit jasa kita 
Jasa kita di sisi-Nya 
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur 
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah 
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu 

Untuk khidmat kepada-Nya 
Selepas itu lupakan saja 
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Lagu ini sangat terkena pada batang hidung sendiri.*Muhasabah diri*