Sampai begitu sekali?



Sekadar berkongsi sebagai pedoman kita semua.
Dipetik daripada novel Titian Nabi hasil karya Muhammad Masykur A.R. Said.

*****

Zahra berasa ngeri apabila mengingat setiap usaha iblis untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan dosa. Apabila sudah begitu, Zahra terus teringat kisah sahabat Rasulullah SAW yang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum yang disebut dalam Al-Quran dalam Surah ‘Abasa, yang pernah dibacanya dalam buku Rahasia surat al-Faatihah, yang ditulis oleh Syekh Khalid al-Jundi:

Setelah orang yang setiap hari menuntun Abdullah ke masjid untuk solat jenazah, Abdullah datang kepada Nabi untuk memohon izin agar dibolehkan tidak hadir dalam jemaah solat subuh.

Nabi berkata, "Apakah kamu masih mendengar azan?"

"Ya." jawab Abdullah.

Nabi lalu berkata, "Aku tidak menemukan ada keringanan pada dirimu."

Di waktu fajar berikutnya, Abdullah pergi ke masjid. Di tengah jalan, dia tersandung batu dan jatuh, kepalanya bengkak dan berdarah. Dia kemudian berdiri sambil menahan rasa sakit, dan mengusap darah yang meleleh di wajahnya. Lalu, dia hendak meneruskan langkah kakinya. Tiba-tiba seorang laki-laki yang tidak dikenalinya menghampirinya seraya bertanya Abdullah bin Ummi Maktum.
    
     “Ke mana kamu hendak pergi, wahai tuan?”

     “Ke masjid,”jawab Abdullah.

Laki-laki itu berkata, “Aku akan menghantarkan kamu ke masjid dan menghantar kamu pulang ke rumah.”

Laki-laki itu membimbing tangan Abdullah. Kejadian ini berlangsung selama beberapa hari. Abdullah bin Ummi Maktum amat bahagia dengan pertolongan lelaki itu.

Pada suatu hari, lelaki itu bertanya kepada laki-laki tentang namanya.

Laki-laki itu bertanya kembali, “Aku ingin mendoakan kamu, semoga Allah memberikan pahala kepadamu atas kebaikan yang telah kamu lakukan kepadaku.”

     “Aku tidak ingin kamu mendoakanku. Jangan pedulikan urusanku dan tidak perlu bertanya tentang namaku.”

     “Demi Allah, kamu jangan lagi menghantarku sebelum aku tahu siapa kamu dan mengapa kamu menolongku tanpa meminta imbalan apa pun.”

     “Kerana kamu sudah bersumpah, maka aku akan memberitahumu. Ketahuilah kerana sesungguhnya aku adalah iblis!”

     “Kenapa kamu inging menuntunku pergi ke masjid sedangkan kamu melarang manusia untuk melakukan solat?”

     “Apakah kamu ingat di saat kamu tersandung batu hingga darah keluar daripada kepala dan wajahmu?”

     “Ya, aku ingat.”jawab Abdullah.

Iblis berkata, “Pada saat itu aku mendengar malaikat berkata kerana itu Allah telah mengampuni separuh dosa-dosamu lantaran engkau terjatuh. Maka, aku khuatir, Allah mengampuni dosamu yang separuh lagi jika kamu terjatuh untuk kali kedua. Oleh itu, aku menuntun langkahmu serta membantumu pergi ke masjid dan menghantarmu pulang supaya tidak terjatuh lagi.”

****
Sungguh, SAMPAI BEGITU SEKALI liciknya musuh kita. Iblis laknatullah merupakan golongan yang sombong kerana apabila  mereka disuruh untuk sujud kepada Adam as, mereka tidak mahu dan mengingkari arahan Allah SWT.

Seperti pada ayat Al-Kahf, ayat 50,
     " Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Dia adalah dari (golongan) jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti  (Allah) bagi orang yang zalim.

Kita sebagai manusia yang lemah, hendaklah behati-hati dengan tipu daya muslihat mereka kerana mereka hanya mempunyai satu tujuan sahaja iaitu untuk menyesatkan kaum Adam seramai mungkin untuk menemani mereka di dalam Neraka kelak.Wallahu 'alam.

Ayyan tafi'a bihi.

0 comments: