"Dengar apa yang dikata,bukan siapa yang berkata"

Bismilla7irra7manirra7im.

Seringkali kita mendengar frasa ini bukan?

"Dengar apa yang dikata bukan siapa yang berkata"

Ya!memang kita sangat-sangat digalakkan untuk mendengar intipati ucapan yang diucapkan oleh seseorang tanpa mengambil kira SIAPA orang itu JIKA apa yang diucapkan itu ada BENARNYA.

Bukan seperti dalam filem,drama melayu,cerekerama,cerita indon yang pasti ada sahaja watak antagonis (watak jahat) yang sering menjadi pembawa mulut, penyebar fitnah dan sering melagakan watak protagonis (watak baik) kepada orang lain dalam sesebuah cerita. Kalau watak seperti ini muncul dalam realiti,ana pasti kita semua pasti teragak-agak dengan apa yang disampaikan oleh orang ini kalau apa yang cuba disampaikan berunsur negatif terutamanya bab bercakap tentang orang lain. Kalaulah apa yang disampaikan berunsurkan nasihat, ini lah masa kita mengaplikasikan frasa di atas.

Ana terfikir kenapakah frasa ini acap kali muncul pada zaman ini. Adakah kebanyakkan orang pada zaman ini sering :-
'cakap tak serupa bikin'?
Ataupun perkara-perkara yang baik seringkali datang daripada mulut orang yang tidak menunjukkan ciri-ciri    orang yang dipercayai? 
Ataupun kita tidak mahu mendengar apa yang mereka katakan kerana kata-kata itu diucapkan oleh orang yang kita benci?
Ataupun atas sebab-sebab lain?

Oh tidak! Jangan sesekali kita berbuat begitu kerana...




Saidina Ali r.a juga ada mengatakan:
[kataali3.JPG]
"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"

Nah! Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Yang buruk, tak realistik, tak berfaedah kita buang jauh-jauh.
Ya, walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!

akan TETAPI!

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Surah As-Saff 61: 2-3

Ayat ini ditujukan kepada orang yang megeluarkan ucapan,cakap,berkata-kata. Terang dan jelas sekali firman Allah dalam ayat ini kepada mereka yang cakap tapi tak buat. Tidak perlu diperjelaskan lagi. Ana pasti kita faham apa yang disampaikan pada ayat ini kan?

Konteks ayat ini sungguh luas dan boleh dikaitkan kepada

-para pemimpin 
-seorang yang telah berjanji kepada orang lain
-para pendakwah
-para ibubapa
-para guru
-para pakar motivasi
-orang yang kurang baik yang menasihatkan yang baik-baik belaka
-siapa-siapa sahaja termasuk ana sendiri

Secara keseluruhannya,
1. Dengar apa yang dikatakan,bukan siapa yang berkata
2. Lihat siapa yang berkata bukan apa yang dikatakan
3. Berhati-hati ketika berkata-kata

Wallahu3alam

Ayyan tafi'a bihi